Translate

Friday, 24 July 2015

PILIHAN RAYA 

Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmati oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi, iaitu pada tahun 1951 dan 1955.

Maksud Pilihan Raya

  • Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri. Secara umum, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persukutuan. Pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundian tercapai melalui prosedur yang kemas dan teratur. Walau bagaimanapun, pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira sebagai menang. Kemenangan tetap diambil kira walaupun dengan majoriti mudah. Keseluruhannya, pilihan raya adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.  



SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
  • Pada 27 Julai 1955, Plihan Raya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan. Antara parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah:
Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.
Parti Negara pimpinan Datuk Onn
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Parti-parti lain seperti Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.

  • Setelah selesai kiraan undi, Parti PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.
Logo Parti PERIKATAN yang telah memenangi
51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan
















































                              



PERINGKAT-PERINGKAT PILIHAN RAYA
  • Pengeluaran Writ
Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.



Contoh Writ untuk Pilihan Raya

  • Penamaan Calon

Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara  jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi,  Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang  atau penyokong atau ketiga-tiga sekali. Selain dari penyerahan tiga salinan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.  Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat  Duti Setem.

Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon yang layak bertanding.  Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.

  • Kempen Pilihan Raya

Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah.   Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.  Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan.  Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.



Contoh bagi kempen untuk Pilihan Raya


  • Pengundian

Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan.  Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara.  Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran  pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Setiap pusat mengundi biasanya  mempunyai lebih dari satu tempat mengundi.  Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu.

Bagi pengundi-pengundi tidak hadir  atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh  mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan.  Namun demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus pada  jam 5.00 petang hari  mengundi tersebut.


Pengundi membuang undi untuk memilih wakil rakyat mereka


  • Penjumlahan Rasmi Undi

Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiran kertas undi.  Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam borang 14.  Semua borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi.  Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramaisatu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 Penyata Kertas Undi.

Apabila semua keputusan Borang 14 - Penyata pengundian Selepas  Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.

Proses pengiraan undi



  • Pengumuman Keputusan Pilihan Raya

Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya  yang berkenaan.  Keputusannya tidak boleh dipertikaikan.  Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.


Wakil yang telah telah terpilih oleh undi majoriti
selepas diumumkan oleh pihak SPR


KESIMPULAN

Melalui pilihan raya yang diadakan dapat dirumuskan serta disimpulkan disini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi perkhidmatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi system dan proses keadilan social Negara kita.Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihan raya

Parti politik yang memperoehi kerusi terbanyak didewan rakyat atau dewan undangan negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai dewan maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran
Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik,diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihan raya sebagai pengundi.Dalam sesuatu pilihan raya, pelbagai isu dibangkitkan bagi menyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding.Isu perkauman dan kepentingan Negara adalah dua perkara penting yang mencorakan sejarah kempen pilihanaraya di Negara kita

Pilihan raya adalah penting kepada semua warga Negara kerana merekalah yang akan menetukan kerajaan.Keputusan pilihan raya menunjukan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan penimbang kepada parti pemerintah.Dengan adanya pilihanraya,samada pilihanraya umum atau kecil rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi Negara kita


RUJUKAN

  1. http://www.spr.gov.my/index.php/penjalanan-pilihan-raya#proses-pilihan-raya
  2. BUKU PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA,Mardiana Nordin & Hasnah Hussin



DICIPTA OLEH SISWA POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH :

MUHAMMAD SYAMIL BIN MD REJAB (16DKA15F1090)
MOHAMAD ZABIDI BIN YAHYA (16DKA15F1088)
MUHAMMAD FARRIZ BIN MOHD SUHAIMI (16DKA15F1065)
MUHAMMAD AMEER BIN RAHMAT AMIN (16DKA15F1070)


PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami  menyiapkan tugasan ini dengan jayanya
.
            Pertamanya, kami  ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Ustazah Nurul Asma binti Effendi  kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

            kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.


            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.